Thursday, August 2, 2012 | | By: Febi

Peluang Khairul cipta kejutan


KHAIRUL perlu memiliki kekuatan mental untuk memenangi perlawanan menentang pemanah tuan rumah, Larry Godfrey pada pusingan ketiga acara recurve individu lelaki hari ini.


KHAIRUL Anuar Mohamad perlu memiliki kekuatan mental untuk memenangi perlawa- nan menentang pemanah tuan rumah, Larry Godfrey pada pusingan ketiga acara recurve individu lelaki hari ini.

Memang bukan mudah untuknya berdepan sorakan ribuan penyokong tuan rumah, namun itulah hakikat yang perlu dilalui pemanah negara kita hari ini apabila turun menentang Godfrey bagi penentuan ke suku akhir acara individu pada saingan yang akan berlangsung di Lord's Cricket Ground, London.

Pengurus pasukan memanah negara, Tan Sri Abdul Halil Abd. Mutalif berkata, tekanan daripada penonton tuan rumah telah dijangka dan beliau telah meminta Khairul agar tidak mempedulikannya dan kekal fokus ketika beraksi.

"Saya percaya Khairul mempunyai peluang yang cerah. Setakat ini dia mampu mengatasi perasaan gementarnya dan saya menasihatkannya bermain seperti biasa tanpa ada teka- nan. Mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.

"Bagaimanapun, semuanya akan bergantung pada permainan esok (hari ini). Kalau fikiran Khairul tenang bermakna semuanya akan berjalan lancar," katanya semalam.

Khairul melakukan kejutan dalam kem memanah negara sebelum layak ke pusingan ketiga selepas menewaskan pemanah China, Xing Yu 6-5 dan sebelum itu dia mengatasi rakan sepasukan, Cheng Chu Sian 6-4.

Jika dia berjaya meraih kemenangan pada aksi hari ini, ia akan melayakkan Khiarul ke pusingan suku akhir.

Empat tahun lalu pada Sukan Olimpik Beijing, hanya Chu Sian menjadi peserta tunggal negara ketika itu yang mara sehingga ke saingan suku akhir individu tetapi dia tewas kepada pemanah Itali dengan satu mata.

Dalam pada itu, Ketua Kontinjen negara ke Sukan Olimpik London, Tun Ahmad Sarji Abd. Hamid berkata, beliau yakin Khairul dapat menangani tekanan sepertimana yang dilakukannya semasa menentang pemain China sebelum ini.

"Semasa menentang Xiang Yu, dia tenang melepaskan anak panahnya biarpun sorakan penyokong lawan begitu kuat," katanya.



KOSMO

0 comments:

Post a Comment