Wednesday, August 1, 2012 | | By: Febi

Bryan-Huang Tercorot Dalam Acara 3m Papan Anjal Seirama


LONDON, 2 Ogos (Bernama) -- Penerjun negara Bryan Nickson Lomas dan Huang Qiang gagal mengulangi pencapaian gangsa pada Kejohanan Dunia di venue sama apabila tercrot dalam acara 3m papan anjal seirama pada Sukan Olimpik 2012 di sini Rabu.

Dalam acara di Pusat Akuatik London, gandingan negara itu sekadar mengumpul 405.09 mata untuk menduduki tangga terakhir di kalangan lapan negara.

Memulakan enam tahap kesukaran di tempat kelima sebelum bangkit di kedudukan ketiga pada terjunan kedua, Bryan dan Huang melakukan kesilapan pada terjunan ketiga, menyebabkan kedudukan mereka menjunam ke tangga keenam.

Pada terjunan keempat, mereka mengekalkan ranking keenam sebelum jatuh ke ranking kelapan pada dua terjunan terakhir.

Penerjun China Qin Lai dan Luo Yutong meraih emas dengan 477.00 mata dikuti pingat perak oleh gandingan Russia, Ilya Zakharoz dan Evgeny Kuznetsov dengan 459.63 mata.

Gandingan Amerika Syarikat, Kristian Ipsen dan Troy Dumais merangkul gangsa dengan catatan 446.76 mata.

Bryan, yang begitu kecewa, berkata acara itu sepatutnya membuahkan hasil memandangkan mereka mencapai gangsa pada Kejohanan Dunia, Februari lepas.

"Gelanggang dan majoriti penerjun adalah sama seperti pada Kejohanan Dunia. Ini merupakan harapan terbaik untuk mengakhiri kemarau pingat bagi kontinjen Malaysia," katanya.

Jurulatih negara dari China, yang Zhuliang berkata gandingan itu mula melakukan kesilapan pada terjunan kelima.

"Saya boleh melihat Bryan begitu teruja yang menyebabkan kombinasi mereka tidak seirama," katanya.

Daripada Zulhilmi Supaat -- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment