Tuesday, August 7, 2012 | | By: Febi

Azizulhasni Layak Ke Saingan Akhir Acara Keirin


LONDON, 8 Ogos (Bernama) -- Pelumba trek negara Mohd Azizulhasni Awang layak beraksi pada saingan akhir acara Keirin Individu Lelaki Sukan Olimpik 2012.

Perlumbaan akhir itu dijadual berlangsung pukul 1 pagi waktu Malaysia pada Rabu.

Dalam saingan separuh akhir di Velodrom London di sini pada Selasa, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu berusia 24 tahun itu, menduduki tempat kedua dalam lapan pusingan perlumbaan tersebut.

Pelumba Britain Chris Hoy mengungguli Saringan Kedua perlumbaan itu sementara Teun Mulder dari Belanda di tempat ketiga.

Tiga pelumba teratas dalam setiap saringan di peringkat separuh akhir layak bersaing pada perlumbaan akhir.

Sementara itu, penerjun negara Yeoh Ken Nee akan beraksi dalam acara 3m Papan Anjal Lelaki pada pukul 2 pagi waktu Malaysia pada Rabu.

Daripada Zulhilmi Supaat -- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment