Wednesday, August 1, 2012 | | By: Febi

Atlet terjun negara terus menghampakan

LONDON 2 Ogos - Wakil negara, Bryan Nickson Lomas-Huang Qiang gagal menjelmakan kecemerlangan di pusat akuatik apabila sekadar berada di empat tercorot dalam acara terjun 3 meter papan anjal seirama.

Bryan dan Qiang sekadar melakukan 405.09 mata, jauh ketinggalan di belakang peminat pingat emas dari China, Qin Kai-Luo Yu Tong yang mencatat 477 mata.

Pingat perak menjadi milik gandingan Rusia, Ilya Zakharov-Evgeny Kuznetsov manakala Amerika Syarikat merangkul gangsa melalui Kristian Ipsen-Troy Dumais.- UTUSAN

0 comments:

Post a Comment