Sunday, July 29, 2012 | | By: Febi

Sudah bukan rezeki memanah



LONDON - Ketua kontinjen negara ke Sukan Olimpik London, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yakin trio memanah negara akan mempamerkan persembahan lebih baik dalam acara recurve individu hari ini, sekali gus mengembalikan semula keyakinan ramai terhadap pasukan itu.

Ahmad Sarji berkata, kesemua mereka Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad telah mempamerkan aksi menyakinkan semasa sesi latihan, cumanya mereka tidak mampu mengulanginya semasa hari pertandingan acara berpasukan kelmarin.

Katanya, kegagalan ke pusingan seterusnya bukan bermakna mereka tidak baik dan tidak memiliki keyakinan tinggi, cumanya tidak 'menjadi' semasa hari pertandingan.

''Mereka ini jenis quietly confidence. Mereka tidak gelojoh untuk menampakkan keyakinan. Ini bukan bermakna mereka tidak baik. Saya percaya mereka akan lebih baik," kata Sarji mengulas kekalahan skuad memanah dalam acara berpasukan di sini, kelmarin.

Skuad memanah kita gagal meneruskan langkah ke babak suku akhir selepas tewas kepada Mexico dalam pusingan awal acara recurve berpasukan lelaki di lapangan memanah Lord's Cricket Ground di sini, kelmarin meninggalkan harapan kini terletak dalam acara individu, hari ini.

Malaysia yang berkedudukan ranking ke-11 dunia membariskan pemanah senior, Chu Sian yang bergandingan dengan dua muka baru, Haziq dan Khairul sekadar mencatat 211 markah selepas menghabiskan kesemua rutin berbanding Mexico 216.

Lawan skuad negara yang menduduki ranking ke-14 dunia dan tidak pernah bertembung sebelum ini menempah pertemuan dengan Perancis yang mendapat bye dalam penentuan ranking pada babak suku akhir, hari ini.

Keputusan semalam sekali gus mengulangi sejarah pulang dengan tangan kosong di temasya Beijing 2008, malah pencapaian pada kali ini boleh dianggap lebih teruk jika dibandingkan di Tembok Besar China yang mana skuad negara ketika itu diwakili Chu Sian, Muhd. Marbawi Sulaiman dan Wan Khalmizan Wan Abd. Aziz mampu bertahan pada suku akhir selepas tewas kepada Itali 213- 218. - Utusan

0 comments:

Post a Comment