Wednesday, July 25, 2012 | | By: Febi

Realisasi misi

SERIUS...Wendy menjalani latihan di kolam utama Pusat Akuatik London, semalam.
SERIUS...Wendy menjalani latihan di kolam utama Pusat Akuatik London, semalam. 
 
SKUAD terjun yang selamat tiba di London, kelmarin, semakin teruja untuk menaikkan nama Malaysia di Olimpik namun mengaku berasa sedikit gementar.

Masakan tidak, skuad terjun disasarkan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya dua pingat Olimpik tanpa mengira warnanya.

Tumpuan kini terarah kepada ratu terjun negara, Pandalela Rinong dan Bryan Nickson Lomas yang diharap mampu melakar kejutan di London.

“Teruja dan gementar bercampur baur tapi kami optimis dapat melakukan yang terbaik.

“Berbekal persediaan rapi sejak awal tahun, tidak mustahil kami mampu menyumbang pingat buat Malaysia cuma tidak pasti apa warnanya.

“Sama seperti rakan seangkatan lain, kami ke London dengan strategi berbeza untuk merealisasikan sasaran negara. “Saya mempunyai cara tersendiri dengan lebih meletakkan tumpuan pada acara terjun seirama,” kata Bryan.


Selain Bryan dan Pandelela, atlet terjun lain iaitu Leong Mun Yee, Yeoh Ken Nee, Huang Qiang, Traisy Vivien Tukiet, Cheong Jun Hoong dan Wendy Ng Yan Yee juga tidak kurang hebatnya.

Ken Nee juga tampil dengan misi tersendiri apatah lagi temasya Olimpik menjadi medan terakhir buatnya sebelum mengundur diri.



Oleh Wan Noriza Neor Idris
wannoriza@nstp.com.my

0 comments:

Post a Comment