Thursday, July 26, 2012 | | By: Febi

Menanti emas pertama

CHONG WEI


TIRAI temasya Sukan Olimpik 2012 di London disingkap secara rasmi hari ini, sekali gus menandakan pemburuan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia bermula.

Sejak kontinjen Malaysia membuat penampilan sulung di pentas Olimpik di Melbourne, Australia pada 1956, hanya badminton menjadi satu-satunya acara sebagai penyumbang pingat.
Pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak.

Sebelum itu, gandingan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock meraih pingat perak pada Olimpik 1996 di Atlanta manakala Rashid Sidek merangkul gangsa dalam temasya yang sama.

Di pentas Olimpik 1992 di Barcelona, pasangan Razif dan Jalani Sidek turut menyumbang pingat gangsa buat kontinjen Malaysia.

Pada temasya di London kali ini, selain sandaran diletakkan di bahu Chong Wei,
27 juta rakyat Malaysia turut berharap pelumba basikal sensasi negara, Azizulhasni Awang dan ratu terjun, Pandelela Rinong menghadirkan kilauan emas sulung buat kontinjen negara.



KOSMO

0 comments:

Post a Comment