Tuesday, July 31, 2012 | | By: Febi

Khairul ceria, Chu Sian duka

AKSI Khairul (kiri) ketika menentang Chu Sian pada peringkat penyingkiran pusingan pertama acara recurve individu lelaki Olimpik 2012 di Lord’s Cricket Ground, London semalam.


DUA pemanah negara, Cheng Chu Sian dan Khairul Anuar Mohamad mengalami nasib berbeza dalam acara recurve individu lelaki Sukan Olimpik 2012 di Lord’s Cricket Ground, London.

Tatkala Chu Sian terpaksa mengakhiri misinya di London dengan lebih awal apabila terkeluar pada peringkat penyingkiran, Khairul pula berjaya meloloskan diri ke pusingan 16 terbaik.
Khairul melakar kejutan apabila menang 6-4 sebelum dia meneruskan momentum sedia ada dengan menewaskan pemanah China, Xing Yu 6-5 pada pusingan kedua.

Sementara itu, impian gandingan Pandelela Rinong/Leong Mun Yee untuk menghadiahkan pingat sulung buat Malaysia semalam tidak kesampaian.

Beraksi dalam acara akhir 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik, gandingan Malaysia itu sekadar menduduki tempat ketujuh apabila mengumpul 308.52 mata.

Pingat emas acara itu dimenangi penerjun handalan China, Chen Ruolin/Wang Hao yang merekodkan 368.40 mata.

Duo Mexico, Paola Espinosa/Alejandra Orozco yang mengutip 343.32 mata dan gandingan Kanada, Meaghan Benfeito/Roseline Filion (337.62) masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.



KOSMO

0 comments:

Post a Comment