Wednesday, July 25, 2012 | | By: Febi

Hup Wei cari catatan terbaik


KUALA LUMPUR - Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei sedar pemilihannya ke Sukan Olimpik melalui tiket wildcard buat kali kedua perlu dibalas dengan keputusan lebih baik daripada apa yang diraih empat tahun lalu di Beijing.

Pada Sukan Olimpik Beijing 2008, Hup Wei menduduki tempat ke-32 dengan ketinggian 2.20 meter daripada 39 atlet dunia yang bertanding.

Pada Olimpik London 2012, sasarannya mencatat keputusan lebih baik daripada di Beijing 2008.
Dengan baki 10 hari lagi sebelum acaranya bermula pada 5 Ogos ini, Hup Wei telah mencapai tahap terbaik ketika fasa latihan akhir minggu ini sebelum bertolak ke London, Isnin depan.
"Pengalaman saya beraksi pada temasya sama empat tahun lalu membolehkan saya mengatasi tekanan sewaktu pertandingan nanti.

"Ketika ini saya telah bersedia 90 peratus untuk melakukan yang terbaik di London meskipun kecederaan buku lali belum pulih sepenuhnya namun itu bukan halangan buat saya," katanya kepada pemberita ketika menjalani latihan di trek Majlis Sukan Negara (MSN), sini, semalam.

Hup Wei akan ditemani jurulatihnya, Jorqe Luis Alfaro dari Cuba sewaktu di London nanti dan akan terus melakukan persiapan akhir di sana sebelum tiba hari pertandingan.

Hup Wei masih atlet lompat tinggi No. 1 negara dengan catatan peribadi terbaik 2.27m yang dilakukan pada Kejohanan Terbuka China, 2008.


- UTUSAN

0 comments:

Post a Comment