Wednesday, July 25, 2012 | | By: Febi

Chong Wei jalani ujian dadah di England

 

 Hanya Chong Wei seorang menjalani ujian doping dilakukan pegawai WADA di depan pegawai perubatan kontinjen negara, semalam.
 
Kuala Lumpur: Adakah Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) sangsi dengan proses pemulihan pantas ditunjukkan jaguh badminton perseorangan negara, Lee Chong Wei?

Persoalan timbul apabila latihan skuad badminton negara untuk Olimpik London 2012, di Bath University pagi kelmarin turut dihadiri pegawai WADA.

Walaupun belum beraksi tetapi sandaran 28 juta rakyat Malaysia di Sukan Olimpik London 2012, Lee Chong Wei dikejutkan dengan kehadiran pegawai Agensi Anti Doping Dunia (WADA) yang mengarahkannya menjalani ujian dadah, kelmarin.

Ia berlaku ketika jaguh perseorangan itu sedang dalam sesi latihan terakhir di pangkalan latihan di Bath University, jam 8.30 pagi.

Ujian itu dilakukan pegawai WADA di depan pegawai perubatan kontinjen negara, Dato' Dr Ramlan Abdul Aziz.




BH

0 comments:

Post a Comment