Monday, July 30, 2012 | | By: Febi

'Elak buat kesilapan'

PANDELELA (atas) dan Cheong Jun Hoong beraksi dalam acara 3 meter papan anjal wanita di Pusat Akuatik Olimpik kelmarin.


"TERJUNAN pertama sangat penting. Jika gagal, ia akan membawa padah."

Demikian jelas jurulatih skuad terjun negara, Yang Zhuliang menjelang saingan bagi acara 10 meter platform seirama wanita membabitkan gandingan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee hari ini.
Menurut Zhuliang, markah bagi terjunan pertama amat penting kerana ia akan mempengaruhi juri untuk menilai tahap prestasi mereka.

"Jika meraih markah di bawah tujuh mata pada terjunan pertama, maka juri akan menganggap tahap penerjun kita hanya setakat itu. Terjunan pertama sangat penting bagi mempengaruhi keputusan juri," kata Zhuliang.

Pandelela dan Mun Yee yang beraksi sebagai pilihan ketujuh dalam acara tersebut terus melangkah ke pusingan akhir dan mereka tidak boleh bersikap sambil lewa jika mahu menempatkan diri dalam kalangan tiga penerjun terbaik.

"Di Olimpik, para penerjun tidak akan bersaing dalam pusingan kelayakan dan lapan negara yang berada dalam ranking lapan terbaik akan terus beraksi di final.
"Di sini kita tidak boleh melaku- kan kesilapan, memang perlu kena buat terjunan yang kemas sejak dari awal," kata Zhuliang.

Kalau pada Kejohanan Dunia, mereka perlu mengharungi pering- kat kelayakan dan mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan andai gagal memungut mata yang dikehendaki.
Pencapaian Pandelela-Mun Yee dalam acara 10m platform seirama di pentas antarabangsa boleh dianggap sebagai memuaskan.

Sejak membuat kemunculan pada Kejohanan Dunia pada 2009 di Rom, mereka mencipta kejutan apabila meraih pingat gangsa untuk skuad negara.

Kecemerlangan mereka tidak terhenti setakat itu, malah terus melakukan terjunan bergaya pada Kejohanan Siri Dunia di Beijing pada tahun 2011 yang menyaksikan mereka meraih pingat perak.
Sebelum itu pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, gandi- ngan Pandelela-Mun Yee turut meraih pingat perak dalam acara kegemaran mereka itu.

Mereka turut meraih pingat perak pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India.
"Saya sentiasa berpesan kepada mereka agar mengelak melakukan kesilapan pada terjunan pertama. Saya yakin mereka sudah bersedia untuk menghadapi cabaran," tegas Zhuliang.

Kelmarin, Pandelela yang bergandingan dengan Cheong Jun Hoong dalam acara 3m papan anjal seirama, gagal menghadiah sebarang kejayaan buat kontinjen negara apabila menamatkan saingan di tempat kelapan.



KOSMO

0 comments:

Post a Comment